AHLAN WASAHLAN

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU, DIA DAN SAR. CUMA UNTUK BERKONGSI CERITA BAGI SIAPA YANG SUDI MEMBACA

Wednesday, October 30, 2013

Thursday, February 7, 2013

Thursday, December 6, 2012

BELAAN OH BELAAN

Lama sudah aku membela kau...sejak November 2010...sejak kau lahir semula dari penebangan besar-besaran penggondolan bukit yang digelar mahkota...sejak itu aku sentiasa membela kau..menjaga kau dengan baik agar kau tumbuh dengan baik...segar...dan sihat...

Sampailah bulan November 2012....tak dapat lagi aku membela kau....Salah aku sendiri kerana lupa untuk trim kau dgn sempurna...Kau akhirnya disentuh dan dibelai oleh insan lain yang mempunyai maksud lain di hatinya...aku faham dgn kehendak insan tersebut...dgn penuh ketidakrelaan aku terpaksa meninggalkan kau..... SELAMAT TINGGAL ...........................................................................................................................................................










RAMBUT BELAAN KU.....hahahahahahaha

Thursday, November 29, 2012

TEMUDUGA OH TEMUDUGA

Haih dah lama tak update blog ni...sekarang tengah uruskan temuduga guru KAFA...sebelum ni kita ditemudga...la ni kita yang handle temuduga...macam2 ragam...pengalaman pertama n penaaattt...ada gak calon yang ada hati nak cheating..huhu...penin2...buat kat kompleks al-sa'adah...

Saturday, March 31, 2012

TAHLIL OH TAHLIL

Khamis, 29 Mac 2012 datuk belah arwah mak kita meninggal dunia. Dapat berita ketika tengah dok jaga koperasi pagi tu. Datang jer orang yang sepatutnya jaga, terus kita prepare untuk guru yang akan ganti kita. Memang kena balik kampung. Ayah plak takda sebab berada di Xi An. Sampai kampung, jenazah dah berada dirumah, namun belum diuruskan. Datang la jiran-jiran arwah, sanak sedara, rakan-rakan untuk ziarah. Tapi yang sedihnya lebih ramai yang borak daripada sedekahkan bacaan yassin. siap ada yang gelak besar plak tu. Tak tahan kat dapur siap ada yang makan dengan penuh selera lagi. Nak ditegur tu la, masing-masing dah tua, sabar je la. Benda yang sama dibawa la sampai malam kedua bacaan tahlil. Malam tu bila bacaan tahlil ramai jugak yang duduk diluar borak. Tapi bila bab makan,pergh depa dulu yang beria-ia macam lapar dan dahaga sangat. Bukannya baca Quran sampai 10 kali khatam pun, tahlil pun idak.

Dah makan dok borak macam tuan rumah tak nak kemas. Dibuatnya macam kedai kopi. Haduih sabar je la. Adab langsung takda. Tak tau la kalo itu resam orang sana. Maklum la kita tak duduk sana. Urusan jenazah serba serbi lambat. Asalnya nak kebumi lepas Asar.Tapi lepas bincang,  buat selepas zohor. Itu pun ada yang merungut, kenapa awal sangat, nak jer cakap "Induk, kalo tak nak berpisah, awet kan jer arwah ni letak dalam bilik. hari-hari tengok!". Kita  faham kehilangan orang tersayang, kita pun pernah lalui ketika mak kita meninggal, tapi taklah macam tu sekali. Kita cakap kat salah seorang rakan ayah, kalau boleh selesai urusan dokumentasi malam itu juga saya nak kebumikan jenazah mak saya. Berbalik kepada arwah datuk kita ni, last-last jenazahnya dimandikan lepas zohor, pukul 3 petang baru disolatkan. Peringatan kepada kita, salah satu urusan yang kita perlu disegerakan adalah pengurusan jenazah. Jangan ditangguh-tanguh sampai terlalu lama. Ziarah orang meninggal dunia, jaga adab, ambil iktibar, sedekah bacaan fatihah ke, yasin ke tahlil ke, kepada si mati, itu lebih baik daripada ko duduk bawah khemah, hisap rokok, borak-borak bergosip dan ketawa besar. Tolong la. Jangan ditunjukkan bahawa kita ni terlalu jahil dalam bidang agama. Kalo Jahil, belajar, belajar, belajar..

Friday, March 16, 2012

BIRTHDAY OH BIRTHDAY

Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...hahaha...adoi dah tua rasanya diri kita ni.setiap kali birthday, memang ramai yang wish. Nak sambut sampai buat majlis, dah lama tak buat.dulu kecik-kecik jer dad buat doa selamat. tak da la nak tiup-tiup lilin ke, make a wish ke. tapi makin meningkat dewasa...benda tu mcm dh ditinggalkn. only wishes n blanja makan.

Cuma dulu-dulu memang sentiasa menantikan wishes dari seseorang tu.every year.but these two years dah tak dapat dah. Ye la org tu dah jadi milik orang...Malam ni secara sahnya dia jadi milik orang lain...sedih, tapi apa nak buat.Orang dah tak sudi ye tak. Whats a birthday GIFT!!!

Hahaha jangan sedih-sedih...terus berusaha,terus maju. Umur makin meningkat.Amalan dah ke?Huhu... Chaiyok..chaiyokkk..kambatei!!!Terima kasih semua yang sudi ucapkan Selamat Hari Jadi pada kita...Ada lagi orang ingat kat kita ropa-ropanya hahaha....BYE

Monday, January 2, 2012

DAFTAR OH DAFTAR

Hari ni skool buat pendaftaran pelajar. Kita ni dok semangat la datang. Malam tido tak berapa, pukul 3 baru boleh tido (excited kot, eh kita lak excited bukan student..hehehe), pukul 5 dah bangun. Tahun guru kelas tahun 6 gak. Pun macam tahun lepas kena campak kelas last gak, yang mana muridnya 25 lelaki 5 perempuan. jawabnya lagi haru dari tahun lepas. Takpa-takpa.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tatkala kelas lain sibuk dikunjungi ibu bapa, kelas kita sunyi sepi, takda sapa datang, siap ada bunyi cengkerik lagi, hahaha. Tak lama tu baru la ada yang datang. Tahun 6 ni special sket, banyak borang depa kena isi. Antaranya borang akur janji ler. Ada parents tanya kenapa kena isi? Kita jawablah budak tahun 6 dah mula panjang akal. Habis kelas tambahan sekolah kebangsaan blum tentu dia datang ke sekolah agama, silap2 pegi sekolah cc. So depa pun tak banyak citer lah.

Kaunter tutup dalam 12.15. Yang sepatutnya daftar 30 orang, tapi yang datang tadi 12 orang jer. Nanti bila dah mula belajar nanti mulalah terhegeh-hegeh nak daftar. Menyusahkan btul. Sabor, sabor...

Apa-pun, hubaya-hubaya sekalian, siap sedia dengan kelengkapan yang selengkapnya bagi menghadapi medan perang pembelajaran!!!Whooshhh!!!

Sunday, January 1, 2012

TAHUN BARU OH TAHUN BARU

SELAMAAAT TAHUUUN BAAARU!!!! Jeritan orang-orang muda-mudi, tua-tui yang berkumpul di dataran-dataran seluruh negara tatkala jam berdetik 12 tengah malam. Bersorak bagai nak gila. Dah dalam ramai yang berhimpit-himpit tu, biasalah, segala macam maksiat pun berlaku. Perempuan yang kena 'lambung' pun ada kot. Pakaian masing-masing toksah nak katalah. Rambut pun dah macam traffic lights, merah kuning hijau. Tidak pernah terfikir ke, datangnya tahun baru, bermaksud usia makin bertambah. Cabaran makin bertambah. 'Perjalanan' hampir tamat. Kan lebih elok kok nak sambut sangat tu dengan majlis-majlis ilmu ke, macam ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Shah Alam tu. Dengar cerita 70 000 orang datang. Kan bagus. Ini tak terpekik terlolong. Kalo kat area KL tu lebih plak warga asing yang berkumpul berbanding tempatan. Sedih dan kesian jugak kat warga mahasiswa UPSI. Baru masuk tahun baru dah kena belasah dengan FRU kerana berhimpun di UPSI. Dengar cerita pengerusi BEBAS cedera parah dan dimasukkan ke hospital. Awatla FRU tu pukul sampai teruk benar. Yang dok terkinja-kinja mengalahkan beruk tak la plak disuraikan, dipukul. Macam mana la orang tak marah dengan polis. Cuba anak dia ke, sedara dia ke yang kena macam tu? Mesti marahkan. Perbaikilah. Kalo dapat arahan suruh surai, Surai la elok-elok. Tak perlu sampai nak bantai giler-giler sampai masuk wad orang tu. Kita paham maybe ada provokasi,tapi guna otak la dowh! Hei...baru masuk 2012 dah ada benda yang tak sedap didengar. Apapun kita malam tadi sempoi jer sambut tahun baru. Sampai detiknya kita sambut dengan bunyi dengkuran yang memecahkan alam. Hahaha. Tak kuasa kita nak nunggu sampai pukul 12 malam!

Saturday, December 31, 2011

RAJA OH RAJA

Tersebutlah kisah di sebuah negera Pena Berombak yang banyak negerinya, tinggallah seorang raja memegang takhta. Putar Alam diberi nama, memerintah negara yang huru-hara. Syahdan suatu ketika, akibat kealpaan diri dan kegoyahan pemerintahan, Raja Putar Alam digulingkan dan digantikan dengan raja berketurunan Shah. Hiduplah Putar Alam sebagai rakyat biasa menunggu masa untuk bangkit semula.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Setelah tiga raja memerintah negeri tersebut, akhirnya Putar Alam menghidu peluang untuk memerintah semula. Setelah pemergian Raja ketiga negara ditinggal tanpa pemerintah. Akhirnya Putar Alam dilantik menjadi Raja. Bermulalah semula pemerintahan yang haru-biru. Tapi dasar putar alam, Putar Alam bijak merencana mengukuhkan pemerintahannya. Puak-puak yang mampu menggulingkannya diberi serapah pemanis agar mereka menyukainya. Setelah separuh tahun berlalu barulah ditunjukkan taring dendam kesumatnya. Memanda-memanda menteri yang setia berkhidmat untuk negara dan raja-raja terdahulu dipenggal. Memanda-memanda menteri yang menentang dalam senyap tertelan air liur melihat nasib rakan seperjuangan. Mereka juga dikurangkan wilayah perintah oleh Raja Putar Alam dan diberikan kepada memanda-memanda menteri yang sentiasa menjilat kaki Putar Alam; menyokongnya selama ini.
Apalah nasib negara Pena Berombak ini. Memanda menteri penerangan tersangatlah pening memikirkan nasibnya. Baginya, sudah tibalah masa baginya mencari rezeki di negara baru. Biarlah negara tersebut bergolak sekalipun, asalkan tidak berada di bawah pemerintahan Raja Putar Alam.

*p/s - agak-agaknya boleh tak jadi ahli sastera lepas ni?hahaha

Thursday, November 17, 2011

PENTOMEN OH PENTOMEN

Huhu… hari anugerah cemerlang baru saja selesai. Lega rasanya. Penat tu memang la penat. Tapi agak puas hati juga. Kita diberi kepercayaan untuk melatih budak pentomen dan multimedia. Dimulai dengan membuat pemilihan pelakon dan suara. Budak laki kononnya nak jaga macho ramai tak nak audition, terutamanya tahun 6. Tak pa lah. Tapi untuk budak perempuan pening sesangat. Ramai pulak yang nak masuk. Terpaksa dua kali buat tapisan. Itu pun ada yang merayu untuk sertai walaupun tak terpilih. Macam audition akademi fantasia pulak dah. Dah selesai auditon, kena pula buat penentuan watak. Sekali lagi pening untuk pentomen perempuan. Siap ada yang merajuk tidak diberi watak utama. Hanya watak tambahan, tak bercakap, takda gaya sangat. Setelah diberi watak, tak mahu pulak berlakon sungguh-sungguh. Langsung tak datang. Terpaksa pula diganti dengan orang lain. Bila latihan susah sangat nak cukup orang. Ada saja yang tak datang. Macam ambik shift pulak masing-masing. Kemudian yang datang pulak, main-main saja ketika berlatih. Bukanlah ini kali pertama melatih budak pentomen. Sebelum ni pun pernah, tapi mereka serius, tak main-main. Walaupun waktu belajar diorang kaki main. Apabila berlatih pentomen mereka cukup disiplin. Kalo kita lambat sket dah dipanggilnya. Bebudak sekarang, selagi kita tak panggil, selagi tu depa buat dek jer. Tapi setelah beberapa minggu pening kepala, akhirnya berjaya juga dipentaskan, walaupun ada yang saat-saat akhir tak datang. Mendapat pujian daripada beberapa orang termasuklah Nazir Masjid Kuarters KLIA. Dia kata tahniah sebab berjaya buat pementasan tersebut walaupun dengan serba kekurangan peralatan. Lega rasanya. Tiba-tiba rasa berbaloi dengan setiap hari balik lewat dari sekolah sepanjang melatih bebudak tersebut. Asal keluar dewan jer, sekolah sunyi sepi budak dah balik, rakan sekerja lain pun dah balik, pejabat sekolah pun dah tutup. Sekali-sekala saja waktu balik tu pejabat masih ada orang. Walaupun pada pementasan rasa tak puas hati sebenarnya, kerana sepatutnya boleh lebih baik daripada itu. Tapi mungkin itulah tahap yang termampu oleh bebudak ni. Tak pa lah. Sekurang-kurangnya, masih lagi dapat pujian. Alhamdulillah. Lepas majlis anugerah rasa terawang-awang saja badan ni kerana hilang sudah segala beban. Maklumlah, pentomen sekalian hal, multimedia pulak sekalian hal. Sebaik slide show dibantu oleh rakan lain, kita cuma edit, susun balik dan buat tajuk-tajuk utama jer. Yang paling pening sekali nak buat live show kepada ibu bapa yang tak dapat masuk dewan. Mencari cable av output untuk video camera sekolah tak jumpa-jumpa. Satu Nilai, satu Seremban dan Senawang dicari tak jumpa. Kat Sony Centre pulak kena tempah dulu, 3 hari baru sampai. Tak sempat. Ada orang kedai tu kata: “Wah ini camera KUNO ni bang! Dah SEPULUH tahun ke abang beli ni?”. Hampeh betul! Tengah pening-pening plan B datang la GB tanya cable camner yang kita cari. Dia siap bawa buku handycam dia lagi. Handycam dia sama model dengan sekolah. Kita tunjuk la gambar cable tu. “Oh cable ni saya ada!” katanya. Luluh hati ni dengar. Punya la penat mencari, rupanya dia ada. Rupo eh waktu kito dok cakap kat dio, dio tak paham cable apo! Aduyai. Btw lega sket dah ada cable tu. So boleh la buat live feed. Pada hari anugerah tersebut, mula-mula pakai camera GB. Habis bateri tukar la camera sekolah yang dari pagi dicas. Pasang-pasang, hanya tahan 5 minit, bateri pun kong. Rupa-rupanya baterinya pun dah memang kena tukar baru. Langsung takda la live feed selepas itu. Apa nak buat, benda dah nak jadi.

Tuesday, October 11, 2011

CUBAAN OH CUBAAN

Cubaan…pagi tadi kena tumbuk dengan bapak pelajar. Siap kena katakan babi lagi. Puncanya…semalam anaknya tak pakai songkok n selekeh tahap dewa. Kitapun buatla rambut pacak kat anaknya. Yang kita tak tahu anaknya ada ntah apa penyakitnya kat bahagian kepala. So memang takleh ditarik rambutnya. Nak buat rambut pacak memang kena tarik sket. Kita buat pun dalam keadaan bersahaja, bergurau. Baliknya dia muntah sebab tarikan rambut. Siap pergi klinik lagi. Datang la mak dan bapaknya marah-marah kat sekolah pagi tadi. Sampai kita pun kena tumbuk. Ya memang kita bersalah buat rambut pacak untuk anaknya tu. Tapi manalah kita tau anaknya ada penyakit. Dia pun tak pernah bagitahu anaknya ada penyakit. Baru sekarang nak bagi tau. Sedih pulak kita bila fikirkan, dah la kita ajar anak dia bab agama, tanpa usul periksa terlebih dahulu ditumbuknya kita, dibabinya kita. Kita tau dia marah, siapa la tak sayangkan anak ye tak. Tapi pepatah melayukan ada berbunyi, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tingalkan. Bukannya kta tarik rambut anaknya macam filem melayu lama-lama apabila perempuan gaduh tarik-tarik rambut. Cengkam rambut anaknya pun tak. Nasib baiklah kita masih mampu bersabar, kalau tak lunyai bapak budak tu. Dia tak tahu kita ni plak pernah ajar silat. Kita orang Melayu ada adab sopannya. Tanyalah baik-baik dahulu. Jangan ikutkan nafsu dan amarah. Jangan dengar penjelasan sebelah pihak jer, kita tau kita pun banyak buat silap. Ada pulak yang kaki-kaki hasut yang menghasut mak bapak budak tu, bartambah marah la mak bapaknya. Nasib baik la GB ada tadi. Siap backing lagi. Ye la, dia kenal kita, bukannya kita ni jenis denda budak sampai patah riuk sakit ke.Kalo macam ni lepas ni budak buat salah tak yah denda, kita cium jer…hehe tak boleh, tak boleh, nanti kena tuduh child molesting plak. Ikut garis panduan kementerian pelajaran tak leh sentuh budak bagi tujuan denda. Hanya untuk kes-kes berat saja baru dibawa ke HEM dan untuk tindakan seterusnya. Maka lahirlah generasi yang tak dengar cakap. Kesannya, gejala sosial pun meningkat, kerana apa? Kita ikut garis panduan yang disarankan oleh barat, oleh orang kafir. Dalam Islam anak 10 tahun tak nak sembahyang rotan. Tapi ada la tempatnya. Dalam berdakwah pun ada 3 peringkat, secara lembut, pertengahan dan tegas. Profession perguruan adalah profession yang paling banyak orang lain nak masuk campur. Mak bapak plak gemar dengar cakap anak saja. Tak nak usul periksa dulu. Dah terbiasa dari anak tu kecik, nak apa mak bapak turutkan, sampai besar, cikgu cubit sket dikatakan cubit siap tarik lagi, mak bapak terus percaya. Kalo doktor la suruh makan ubat, walaupun ubat itu pahit, pasti ditelannya. Tapi kalo guru ambil tindakan atau nasihat, dan tindakan atau nasihat itu pahit untuk diterima, pasti ramai yang membantah. Kalo macam tu kita tak yah la wujudkan profession perguruan, kita suruh mak bapak ajar anak mereka sendiri. Masing-masing bercakap macam pandai sangat ajar anak kan.Habis cerita. Lepas ni terpulang la parents dia nak buat apa. Kita pun terdetik jugak nak buat laporan polis sebab bapaknya tumbuk kita, tapi ntahla, macam tak nak plak dipanjangkan hal ni. Tadi pun tanda kertas tauhid darjah satu, soalannya “Kita mestilah redha dengan dugaan yang menimpa kita.”Terasa plak. Bak dalam Pendekar Bujang Lapok, COBAAN!!!!

Wednesday, October 5, 2011

PINDAH OH PINDAH




Rupa-rupanya dah nak dekat 2 bulan tak update blog ni. Nak dekat raya hari tu (seminggu sebelum raya) pindah rumah. So memang sibuk la. Mana nak susun barang lagi, mana nak prepare untuk raya lagi. Last-last beli kerepek jer untuk persiapan raya. So sesapa yang datang rumah dapat makan kerepek je la. Kok dah habis kerepek tu, makan la super ring ke, twiesties ke yang akan disediakan oleh tuan rumah nanti.

Line internet baru dapat beroperasi beberapa minggu lepas. Kita ni dah biasa bayar bil guna online banking, memang tertangguh la bil-bil tersebut. Bukannya tak reti bayar bil secara manual, tapi asyik-asyik lupa jer nak bawa bil tu….Hmmmmm….pikir balik pelupa jugak aku akhir-akhir ni. Ada je barang tinggal. Ada kawan cakap dah sampai hukum kahwin dah tu. Biar ada yang mengingatkan. Hmmmmm….baiklah sapa berminat isi borang yer….hahaha.

Bila dah pindah ni, terpaksalah ulang-alik jauh sket dari sekolah. Ye lah, sekolah diamnyer sepadan sepang, awak duduk Ampangan, Seremban. 30 minit ke sejam punya perjalanan, bergantung kepada keadaan traffic. Pegi sekolah, rilex jer, bawa 60-80 km/j…tapi bila balik sekolah, ishishish,tak menyompek-nyompekkan, 80-130 km/j.

Jadi bila dah macam tu punya jauh, waktu peralihan sessi pagi ke sessi petang, kena la stay kat sekolah. Takkan nak balik ke Seremban. Maka masa diisi dengan buat kerja-kerja sekolah, ngadap laptop n kadang kala laptop ngadap aku. Huhu penat…ye la balik sekolah bukannyer terus balik rumah. Pergi rumah ayah dulu. Dia suruh dinner kat situ. Dah tu baru balik rumah. Alih-alih sampai rumah pukul 9 malam. Usik sana sket, usik sini sket dah pukul 10 mlm. Tido. Pukul 5 bangun bsiap gi sekolah. Tak bleh tido lewat, nanti terlajak. Pernah sekali tidur 11.30 mlm. Bangunnyer 6.15 pagi. Keluar rumah dlm pukul 6.50, macam pelesit bawa keta, cecah 140 km/j. Viva kalo dh cecah 100 km/j bergegar stereng. Nak wat camner dah lewat. Jalan pun keta dah start sesak.

Pindah rumah memang melecehkan. Rasanya mcm tak sanggup lagi nak pindah mana-mana. Pengajarannya jangan packing barang lambat sangat…nanti tensen…..arghhhhhh…hahhaha

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan oh Ramadhan

Ye..ye..ye poser..sedar tak sedar dah 4 hari dah puasa. Cepat sungguh masa berlalu ek. First day puasa tak la memenatkan coz sekolah cuti. Cuma tengok-tengok barang nak packing sebab nak pindah. Petangnya pergi la bazaar Ramadhan. Datang awal orang tak ramai lagi. Masih lagi sama macam tahun-tahun sudah. bezanya bilangan gerai yang bertambah, tapi menu masih lagi sama.

Second day puasa sekolah beroperasi macam biasa cuma habis awal. Kelas pagi macam biasa bebudak darjah satu ni memang kuat mengadu. Kita sampai jer, ustaz dia tak puasa la , itu tak puasa la ini tak puasa la. Paling geli hati ada seorang budak tu, Firdaus, famous dengan kenakalannya. Dalam kelas kawan-kawan dia kata dia tak puasa. Bermati-matian dia kata dia poser. Kita pun sampuk la,"Kalo puasa naper bawak botol air?" sengeh jer dia. langsung disorokkan botol air tu dan ngaku puasa. Hehehe. Tak nak kalah. Petangnya ramai yang lentok. Ada yang berbasah-basahan, kononnya mengantuk. Tidak kurang pula yang dok menghitung detik demidetik bila nak bukak puasa."Ustaz dah pukul berapa?" itulah soalan lazim yang ditanya. Rasa nak hempok jer. Hehehe... nanti keluar plak muker depan akhbar ustaz hempok budak sebab tanya pukul berapa. Jangan buat pasal. Bebudak ni tak paham, kadang-kadang kita pun tak paham. Bulan puasa ni sepatutnyer kita kurangkan makan. Bukannya melantak macam 10 tahun tak makan setiap kali buka puasa. Geli hati tengak anak buah bukak poser hari pertama.Takut kita dibuatnya.Sampai berpaksa suruh berhenti. Buka puasa makan sekadarnya. Paling elok ikut sunnah, makan kurma dan air... pastu gi solat maghrib. Lepas solat if lapar makan sekadarnya, untuk alas perut, jangan banyak sebab nanti nak solat isyak dan tarawikh. biler terlebih makan la yang buat mengantuk waktu solat tu.terhangguk-hangguk sampai terlajak ke depan. Lepas selesai solat, kalau lapar makan sekadarnya, tidak perlu banyak sebab waktu malam pun bukannya kita perlukan tenaga sangat, nak tido jer. Lain la kalo kita berjogging sampai ke pagi. Nak makan lebih pon waktu sahur. Sebab itulah sumber tenaga kita untuk hari tu. Banyakkan minum air masak, bukan air manis. Kita kekadang berbuka mewah dengan makanan, sahur nasi putih telur goreng. Itu yang silap tu, malas punya pasal. Dulu dok asrama pon camtu gak.Buka lauknya sedap belaka, sahur,nasi putih, ikan jacket dan sayur celur. Ikannya berbau plak tu. Tok guru dulu pernah berpesan, waktu puasa jangan rajin pergi pasar ramadhan. Sekali-sekala boleh, tapi jangan selalu. Sebabnya boleh membazir dan mendatangkan dosa. Almaklumlah bila lapar pergi beli makanan, sumernya nampak sedap...ye tak. Habis sumer nak beli. Alih-alih makan sikit dah kenyang. Lebih beri siapa? Beri jiran sebelah? Jiran balas balik dengan juadah lain. Sama gak jadinya. Jadi Encik Tong la yang kenyang. Habis semua dibuang. Kalau yang ada kucing beri kucing,bayangkanlah terkejut kucing tu. Sebelum ni asyik makan frieskies jer...tup-tup bulan poser dapat spaghetti."Oh spaghetti? Mama mia!" sorak kucing tu nanti. Cakap pasal makanan ni, Nak makan apa la bukak puasa nanti...makan hati berulam jantunglah... hehehe....SELAMAT BERPUASA!!!


Sunday, July 31, 2011

lama tak menulis


Huhu...rupa-rupanya dh lama aku tak menyentuh blog ni.agak-agaknya kalau rumah la dah bersawang jawabnya. Memang la hidup kita sibuk (or buat-buat sibuk ;-) ). Hari-hari online pun tak terbukak jugak blog ni. But akhir-akhir ni bertambah sibuk, citer yang slalu follow kt tv pon mmg dh tak dpt follow lagi. Tapi tak pa lah. Dapat masa free sket baru la nak updatekan blog ni.tukar nama n mcm-mcm lg.So sekarang cari idea apa nak dibebelkan dlm blog ni.fikir...fikir...fikir....

Friday, May 29, 2009

Y

naper ek? bila sesorang tu x da awek ke pak we ke,
mesti depa risau. takut x laku laku la tu.
tapi kan once dah ada, mcm layan x layan plak.
ada sorang member tu...
bila x da awek dulu..sibuk ckp kat kita
"cikgu bosan kan x de awek"
itu la yg dok dizikirkan setiap hari.
ntah camner one day waktu kat kt (k.ganu)
dia meet la ngan sorang awek tu.minta nombor,dpt plak.
alih-alih,awek tu yg call dia dulu.
langsung awek tu terus sangkut ngan dia
1st dating trus pegang tangan. tp sblum dia kuar tu kita sound dia.
suruh bli deodorant (pepaham la ye).
smnjk ari tu stiap 2 minggu sekali kuar.
tup2 la ni dok bising kata mcm terkongkong la.apa la.
aduhai perit telinga dengar.
if dia punya problem x bising kat kita, kita x kisah
nak jer cakap if x nak awek tu kasi la kat kita!!!
p/s:awek tu memang lawa.hehehe

Monday, March 9, 2009

maulidurrasul

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. disambut oleh umat Islam seluruh dunia, dan sambutan berbagai-bagai cara antara satu tempat dengan yang lain. Antaranya dengan berzanji dan marhaban, perarakan berkompang dan mengadakan ceramah agama dengan jamuan-jamuan yang besar. Ada yang menyambut sehingga empat bulan terus menerus, iaitu sehingga Jamadil Akhir.
Sambutan ini dilakukan semata-mata menyatakan rasa kasih dan cinta umat Islam kepada baginda Rasul S.A.W. Ia tidak ada dalam nas. Tetapi hendaklah diingat apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik dan ia diikuti oleh semua orang, nescaya ia akan mendapat ganjaran kebaikan juga. Ini bersandarkan kepada hadith Nabi:
“Barangsiapa yang melakukan sesuatu yang baik, maka akan diberi ganjaran, bukan sahaja kepada yang mencetuskan kebaikan itu, tetapi kepada yang mengikut kebaikan itu”.
Walau bagaimanapun, berbagai-bagai pandangan orang tentang sambutan maulud ini, sehingga ada yang mengatakan sebagai bidaah. Golongan ini sentiasa mengatakan itu bidaah, ini bidaah, tetapi menutup mata tentang perkara-perkara yang sahih bidaahnya. Perbuatan menonggang arak, bersekedudukan, berzina, buat konsert sampai enam jam tanpa henti, tidak disebut pun bidaah.
Benda baik yang dilakukan dan tidak bercanggah dengan Syariat Islam, diheboh-hebohkan sebagai bidaah. Allah berfirman:
“Barangsiapa yang melakukan perbuatan yang jahat akan ada ganjaran (balasan) jahat tanpa dikurangi sedikit pun, dan pengikutnya akan mendapat sama.”
Tujuan mengadakan maulud ini, kalau niat baik baginya pahala oleh Allah S.W.T. disertai dengan pelaksanaan yang tidak bercanggah dengan syariat.
Niat kita ialah kita ingin buktikan cinta dan kasih kita kepada Allah S.W.T., mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan keimanan kita. Dengan program maulud ini, moga membangkitkan kesedaran umat Islam tentang pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. untuk mengembangkan agama Islam.
Tidak ada gunanya saban tahun kita mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi, sedangkan apa yang disarankan oleh Nabi S.A.W. tidak diendahkan. Rasulullah mengkehendaki umatnya merujuk kepada Al Quran untuk segala urusan kehidupan, kerana Al Quran sifatnya memberi petunjuk kepada manusia dan menjelaskan perkara-perkara yang batil dan hak. Kita tidak mahu guna pakai undang-undang Allah. Sebaliknya manusia lebih berpegang kepada undang-undang ciptaan manusia.
Rasulullah S.A.W. juga mahu umatnya berpegang kepada Sunnah Nabi S.A.W. Nabi memberi arahan kalau mahu selamat dunia akhirat, hendaklah berpegang kepada Al Quran dan Sunnahnya.
Persoalannya, sejauh manakah manusia patuh kepada gesaan Nabi S.A.W. itu? Bagaimana pula balasan orang-orang yang ingkar kepada Al Quran dan Sunnah Nabi?
“Sesungguhnya pada diri Rasul itu ada teladan yang baik”
Manusia hendaklah merujuk kepada teladan Nabi dalam apa jua keadaan. Apabila soal mentadbir, soal mengurus diberi kepada orang yang tidak amanah, orang yang rasuah, pecah amanah akan berleluasa dikalangan masyarakat, untuk selamat, kembali kepada Islam dan ikut Sunnah Nabi.
“Allah sangat suka dan sayang apabila hambanya melakukan sesuatu dengan amanah dan jujur”.
Pada golongan yang tidak suka kepada Sunnah Nabi, mereka suka kepada mengikut perasaan dan nafsu mereka. Maka dari situ timbullah Islam Liberal di negara ini, dipelopori oleh kalangan yang menganggap Islam itu sama dengan agama lain (pluralisme).“ Semua agama sama, semua menuju jalan kebenaran”.
Di Malaysia, penularan fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes tersebut:
a) Sambutan Kongsi Raya secara bersama antara agama Islam, Hindu, Cina dan Kristian. Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan para Ulama’ dalam Muzakarah Ulama’ 2006 (13 Jun 2006) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam. Namun golongan Islam Liberal menolak pandangan mufti dan ulama’-ulama’ tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berfikiran tertutup.
b) Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia.
c) Ayat-ayat Al Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.
d) Mempertikaikan Syariat Allah dan hukum-hukum Fiqh dengan hujah rasional. Antara syariat yang menurut mereka perlu dinilai semula ialah:
i. Hukum Faraid
ii. Keharusan poligami
iii. Kewajipan bertudung ke atas wanita
iv. Hukum bunuh untuk orang murtad
v. Hukum jenayah Hudud
vi. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuk di dalam solat
vii. Hak suami mencerai isteri
viii. Larangan berkahwin antara orang Islam dan bukan Islam

e) Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama. Pada mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Klimaks Islam Liberal ini, maka berbondong-bondong umat Islam keluar Islam. Allah berfirman:
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam”. (Ali Imran: 19)
Sesiapa yang mencari agama lain selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak akan menempa kerugian kerana akan dihumban ke dalam api neraka. Hadith Nabi:
“Sesiapa yang mentafsir Al Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”.
Tahun 1430 H (2009) adalah suatu cabaran untuk membuat anjakan paradigma antara ibu bapa dan masyarakat untuk melindungi anak-anak daripada pengaruh Islam Liberal dan Islam Pluralisme untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Ibu bapa dan masyarakat hendaklah:
1. Memantau solat anak-anak.
2. Memantau pergaulan mereka.
3. Memeriksa beg dan pakaian mereka.
4. Memastikan sentiasa menutup aurat.
5. Memantau telefon bimbit mereka bebas daripada gambar lucah dan porno.
6. Memastikan pendidikan mereka bertauhid kepada Allah S.W.T., mengabdikan diri kepada Allah, menjauhi diri daripada apa yang dilarang.

Thursday, September 11, 2008

CINTA

Cinta. Apa itu cinta? Adakah ia hanya suatu perasaan semulajadi yang wujud dalam diri setiap manusia? Atau adakah ianya lebih dari itu? Ada yang mengatakan cinta itu terbit daripada rasa kasih dan sayang. Teringat pantun lama:

“Dari mana punai melayang,

Dari sawah turun ke kali,

Dari mana datangnya sayang,

Dari mata turun ke hati.”

Sama seperti cinta, dari mata turun ke hati. Mungkin kerana itu adanya kalimah cinta pandang pertama. Kita tidak pernah tengok orang itu, dengar suaranya mahupun mengenalinya, namun apabila kita melihatnya kita terus jatuh cinta. Tidak tidur malam kerana asyik terkenangkan si dia. Ada yang berusaha untuk mengenali cinta pandang pertamanya dan ada juga hanya memendam perasaan cinta yang membara jauh di peruk hati. Hanya sekadar menjadi ‘secrete admire’. Walaupun sudah berkahwin sepuluh tahun masih lagi terkenangkan cinta pandang pertamanya.

Mungkin betul kata-kata yang mengatakan cinta itu buta. Tidak kenal Antara yang realiti dan fantasi. Namun, siapalah yang patut dipersalahkan? Perasaan cinta itu memang sukar dikawal. Hendak-hendak lagi jika perasaan tersebut diiringi dengan perasaan kasih dan sayang yang amat mendalam terhadap orang yang dicintai. Sememangnya memang sukar dileraikan. Tidak hairanlah andai kata pasangannya itu orang yang paling hodoh dunia sekali pun, dia tetap mencintainya sepenuh hati. Mungkinkah itu dipanggil keunggulan cinta? Mungkin kita sendiri pernah melihat bagaimana seorang isteri sanggup menjaga suaminya yang berpenyakit kronik. Terlantar di katil sepanjang masa. Begitu juga dengan kegigihan suami menjaga si isteri yang lumpuh akibat strok. Mengapa mereka masih setia dan sanggup menjaga pasangan mereka yang sememangnya dari logik akal sudah tidak mampu lagi memberikan kebahagian kepada mereka lagi? Ada pantun lama yang menyentuh pasal kesetian ini.

"Angkut-angkut terbang ke langit,

Mati disambar anak merbah,

Tertangkup bumi dengan langit,

Setia tidak akan berubah,"


Nah, sehinggakan tertangkup bumi dan langit masih mengungkapkan kata-kata setia. Mungkin itulah yang dikatakan cinta sejati. Namun, adakah cinta anak-anak muda sekarang ini benar-benar cinta sejati seperti Laila dan Majnun, atau sekadar ikut-ikutan. Mereka lihat keseronokan alam percintaan yang dipaparkan di media-media massa, mereka pun ingin merasainya. Tambahan lagi, jika rakan-rakan mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing. Mulalah gelisah dan mencari sesiapa saja yang sudi menjadi pasangannya. Itu bukan percintaan namanya. Perasaan cinta yang wujud dalam perhubungan seperti itu hanyalah fatamorgana sahaja yang pasti kan hilang meninggalkan kita. Ada pula yang sanggup berbuat sesuatu yang tidak pernah dia buat sebelum ini kerana ingin menjaga hati pasangan masing-masing. Ramai yang mengatakan ingin berhenti merokok kerana girlfriend, solat lima waktu kerana girlfriend, pakai tudung kerana boyfriend dan sebagainya. Itu juga bukan cinta sebenarnya. Itu adalah hipokrit. Dalam percintaan tiada wujudnya kalimah hipokrit. Cinta yang sebenar setiap pihak samada lelaki mahupun perempuan sedia menerima pasangannya seadanya, sanggup terima kekurangan diri pasangan masing-masing. Sudah tentulah manusia memang tidak perfect, mengapa perlu kita berlakon yang kita ini baik serba-serbi? Andai kata seseorang itu tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada pasangannnya, itu bukannya cinta yang sebenar dan sejati. Sebab itu ada orang kata, tatkala berdating semuanya manis, sampai kentut pun bau wangi. Apabila sudah berkahwin, perfume harga ratusan ringgit pun kalau disembur di badan masih berbau bangkai.

Jika mula-mula bercinta, pelbagai kalimah cinta terkeluar. Pantun-pantun lama pun ada:

"Hidupkan api memanggang ikan,

Budak-budak balik menjala,

Hidup dan mati bersama tuan,

Tidaklah saya banyak bicara."


"Nyiur gading mayang berjurai,
Kait buah buatkan inti,
Hancur daging tulang berkecai,

Kasih tak ubah sampai ke mati."


"Dari kuala layar dilingkup,

Ombak gelombang melambung-lambung,

Dari bermula berikat hidup,

Susah dan senang sama ditanggung."


"Buluh aur jangan dibelah,

Titi dibuat ikatkan akar,

Teguh setia tidak berubah,

Janji ikrar tidak bertukar."


"Buah amra di hujung dahan,

Buah delima tutup peti,

Berapa susah sama ditahan,

Itulah nama sehidup semati."


"Buah kenari jatuh bersepah,

Beli benang di kedai jawa,

Mari kita mengangkat sumpah,

Hidup mati kita berdua."


Banyak lagi pantun-pantun lama yang berkaitan janji dan setia pasangan kekasih. Itu belum lagi dikira dengan lagu-lagu cinta. Teringat sebuah lagu Inggeris yang bermaksud: “Andaikata pilihanmu itu membawa kebahagian kepadamu, tidak mengapa, kerana kebahagiaanmu itulah yang penting. Tetapi andai si dia pernah memarahimu dan memukulmu, ingatlah akulah orang yang pertama yang akan berada di sisimu untuk menceriakanmu.” Itu namanya cinta sejati. Kita lebih mementingkan orang yang kita cintai berbanding diri kita. Walaupun orang yang kita cintai itu lebih mencintai orang lain, tetapi kita tetap menyintainya sepenuh jiwa dan raganya. Biarlah dia tidak perasan mahupun mengetahui perasaan cinta kita yang begitu mendalam terhadapnya. Cukup sekadar melihat dia tersenyum bersama pasangannya sudah cukup membahagiakan kita.

Namun kita sebagai umat Islam mestilah ingat bahawa dalam percintaan kita mestilah sentiasa menjaga batas-batas pergaulan Antara lelaki dan perempuan. Jangan sekali-kali kita mendedahkan aurat kita, mahupun menyentuh tubuh pasangan kita selagi kita masih lagi belum mempunyai ikatan yang sah, yakni perkahwinan. Ingatlah azab Allah di akhirat kelak amatlah berat. Tidak guna jika hanyut dengan nikmat kecintaan di dunia ini, namun di akhirat kelak kita diseksa sedasyat-dasyatnya oleh Allah s.w.t. Ingatlah cinta yang utama adalah cinta kepada Allah, cinta kepada rasul dan cinta kepada ibu bapa. Tiada cinta yang mengatasi ketiga-tiga cinta tersebut sepatutnya. Lagu kumpulan Saujana ada menyentuh akan hal ini:


“Cinta kepada Allah,

Cinta Rasul, Cinta ibubapa,

Cinta kepada ummah,

Cinta kepada kecemerlangan,

Mari kita semua,

Cinta 5 perkara.”


Maka cintailah seseorang itu dengan seadanya. Jangan terlalu mabuk cinta kerana kita harus ingat cinta Allah dan Rasul adalah paling utama. Begitu juga cinta ibubapa. Keseronokan hanya sementara tetapi seksaan di neraka tiada berpenghujung.


Perempuan datang atas nama cinta

Bonda pergi kerana cinta

Dikenangi ranjung cinta dalam wajahmu

Seperti bulan dalam tidur di hatimu

Yang berdinding kelam dan kedinginan

Ada apa dengannya?



Meninggalkan hati untuk dicaci

Lalu sekali ini aku melihat sebuah karya syurga

Dari mata seorang hamba

Ada apa dengan cinta?



Tapi aku pasti akan kembali dalam satu purnama

Untuk bertanyakan kembali cintanya

Bukan untuknya, bukan untuk siapa

Tapi untukku

Kerna kuinginkan, itu sahaja.