Khamis, 29 Mac 2012 datuk belah arwah mak kita meninggal dunia. Dapat berita ketika tengah dok jaga koperasi pagi tu. Datang jer orang yang sepatutnya jaga, terus kita prepare untuk guru yang akan ganti kita. Memang kena balik kampung. Ayah plak takda sebab berada di Xi An. Sampai kampung, jenazah dah berada dirumah, namun belum diuruskan. Datang la jiran-jiran arwah, sanak sedara, rakan-rakan untuk ziarah. Tapi yang sedihnya lebih ramai yang borak daripada sedekahkan bacaan yassin. siap ada yang gelak besar plak tu. Tak tahan kat dapur siap ada yang makan dengan penuh selera lagi. Nak ditegur tu la, masing-masing dah tua, sabar je la. Benda yang sama dibawa la sampai malam kedua bacaan tahlil. Malam tu bila bacaan tahlil ramai jugak yang duduk diluar borak. Tapi bila bab makan,pergh depa dulu yang beria-ia macam lapar dan dahaga sangat. Bukannya baca Quran sampai 10 kali khatam pun, tahlil pun idak.
Dah makan dok borak macam tuan rumah tak nak kemas. Dibuatnya macam kedai kopi. Haduih sabar je la. Adab langsung takda. Tak tau la kalo itu resam orang sana. Maklum la kita tak duduk sana. Urusan jenazah serba serbi lambat. Asalnya nak kebumi lepas Asar.Tapi lepas bincang, buat selepas zohor. Itu pun ada yang merungut, kenapa awal sangat, nak jer cakap "Induk, kalo tak nak berpisah, awet kan jer arwah ni letak dalam bilik. hari-hari tengok!". Kita faham kehilangan orang tersayang, kita pun pernah lalui ketika mak kita meninggal, tapi taklah macam tu sekali. Kita cakap kat salah seorang rakan ayah, kalau boleh selesai urusan dokumentasi malam itu juga saya nak kebumikan jenazah mak saya. Berbalik kepada arwah datuk kita ni, last-last jenazahnya dimandikan lepas zohor, pukul 3 petang baru disolatkan. Peringatan kepada kita, salah satu urusan yang kita perlu disegerakan adalah pengurusan jenazah. Jangan ditangguh-tanguh sampai terlalu lama. Ziarah orang meninggal dunia, jaga adab, ambil iktibar, sedekah bacaan fatihah ke, yasin ke tahlil ke, kepada si mati, itu lebih baik daripada ko duduk bawah khemah, hisap rokok, borak-borak bergosip dan ketawa besar. Tolong la. Jangan ditunjukkan bahawa kita ni terlalu jahil dalam bidang agama. Kalo Jahil, belajar, belajar, belajar..
Saturday, March 31, 2012
TAHLIL OH TAHLIL
Labels:
belajar,
mati,
tahlil,
tanah kubur
Location:
Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Friday, March 16, 2012
BIRTHDAY OH BIRTHDAY
Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me...hahaha...adoi dah tua rasanya diri kita ni.setiap kali birthday, memang ramai yang wish. Nak sambut sampai buat majlis, dah lama tak buat.dulu kecik-kecik jer dad buat doa selamat. tak da la nak tiup-tiup lilin ke, make a wish ke. tapi makin meningkat dewasa...benda tu mcm dh ditinggalkn. only wishes n blanja makan.
Cuma dulu-dulu memang sentiasa menantikan wishes dari seseorang tu.every year.but these two years dah tak dapat dah. Ye la org tu dah jadi milik orang...Malam ni secara sahnya dia jadi milik orang lain...sedih, tapi apa nak buat.Orang dah tak sudi ye tak. Whats a birthday GIFT!!!
Hahaha jangan sedih-sedih...terus berusaha,terus maju. Umur makin meningkat.Amalan dah ke?Huhu... Chaiyok..chaiyokkk..kambatei!!!Terima kasih semua yang sudi ucapkan Selamat Hari Jadi pada kita...Ada lagi orang ingat kat kita ropa-ropanya hahaha....BYE
Cuma dulu-dulu memang sentiasa menantikan wishes dari seseorang tu.every year.but these two years dah tak dapat dah. Ye la org tu dah jadi milik orang...Malam ni secara sahnya dia jadi milik orang lain...sedih, tapi apa nak buat.Orang dah tak sudi ye tak. Whats a birthday GIFT!!!
Hahaha jangan sedih-sedih...terus berusaha,terus maju. Umur makin meningkat.Amalan dah ke?Huhu... Chaiyok..chaiyokkk..kambatei!!!Terima kasih semua yang sudi ucapkan Selamat Hari Jadi pada kita...Ada lagi orang ingat kat kita ropa-ropanya hahaha....BYE
Monday, January 2, 2012
DAFTAR OH DAFTAR
Hari ni skool buat pendaftaran pelajar. Kita ni dok semangat la datang. Malam tido tak berapa, pukul 3 baru boleh tido (excited kot, eh kita lak excited bukan student..hehehe), pukul 5 dah bangun. Tahun guru kelas tahun 6 gak. Pun macam tahun lepas kena campak kelas last gak, yang mana muridnya 25 lelaki 5 perempuan. jawabnya lagi haru dari tahun lepas. Takpa-takpa.
Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tatkala kelas lain sibuk dikunjungi ibu bapa, kelas kita sunyi sepi, takda sapa datang, siap ada bunyi cengkerik lagi, hahaha. Tak lama tu baru la ada yang datang. Tahun 6 ni special sket, banyak borang depa kena isi. Antaranya borang akur janji ler. Ada parents tanya kenapa kena isi? Kita jawablah budak tahun 6 dah mula panjang akal. Habis kelas tambahan sekolah kebangsaan blum tentu dia datang ke sekolah agama, silap2 pegi sekolah cc. So depa pun tak banyak citer lah.
Kaunter tutup dalam 12.15. Yang sepatutnya daftar 30 orang, tapi yang datang tadi 12 orang jer. Nanti bila dah mula belajar nanti mulalah terhegeh-hegeh nak daftar. Menyusahkan btul. Sabor, sabor...
Apa-pun, hubaya-hubaya sekalian, siap sedia dengan kelengkapan yang selengkapnya bagi menghadapi medan perang pembelajaran!!!Whooshhh!!!
Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Tatkala kelas lain sibuk dikunjungi ibu bapa, kelas kita sunyi sepi, takda sapa datang, siap ada bunyi cengkerik lagi, hahaha. Tak lama tu baru la ada yang datang. Tahun 6 ni special sket, banyak borang depa kena isi. Antaranya borang akur janji ler. Ada parents tanya kenapa kena isi? Kita jawablah budak tahun 6 dah mula panjang akal. Habis kelas tambahan sekolah kebangsaan blum tentu dia datang ke sekolah agama, silap2 pegi sekolah cc. So depa pun tak banyak citer lah.
Kaunter tutup dalam 12.15. Yang sepatutnya daftar 30 orang, tapi yang datang tadi 12 orang jer. Nanti bila dah mula belajar nanti mulalah terhegeh-hegeh nak daftar. Menyusahkan btul. Sabor, sabor...
Apa-pun, hubaya-hubaya sekalian, siap sedia dengan kelengkapan yang selengkapnya bagi menghadapi medan perang pembelajaran!!!Whooshhh!!!
Sunday, January 1, 2012
TAHUN BARU OH TAHUN BARU
SELAMAAAT TAHUUUN BAAARU!!!! Jeritan orang-orang muda-mudi, tua-tui yang berkumpul di dataran-dataran seluruh negara tatkala jam berdetik 12 tengah malam. Bersorak bagai nak gila. Dah dalam ramai yang berhimpit-himpit tu, biasalah, segala macam maksiat pun berlaku. Perempuan yang kena 'lambung' pun ada kot. Pakaian masing-masing toksah nak katalah. Rambut pun dah macam traffic lights, merah kuning hijau. Tidak pernah terfikir ke, datangnya tahun baru, bermaksud usia makin bertambah.
Cabaran makin bertambah. 'Perjalanan' hampir tamat. Kan lebih elok kok nak sambut sangat tu dengan majlis-majlis ilmu ke, macam ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Shah Alam tu. Dengar cerita 70 000 orang datang. Kan bagus. Ini tak terpekik terlolong. Kalo kat area KL tu lebih plak warga asing yang berkumpul berbanding tempatan. Sedih dan kesian jugak kat warga mahasiswa UPSI. Baru masuk tahun baru dah kena belasah dengan FRU kerana berhimpun di UPSI. Dengar cerita pengerusi BEBAS cedera parah dan dimasukkan ke hospital. Awatla FRU tu pukul sampai teruk benar. Yang dok terkinja-kinja mengalahkan beruk tak la plak disuraikan, dipukul. Macam mana la orang tak marah dengan polis. Cuba anak dia ke, sedara dia ke yang kena macam tu? Mesti marahkan. Perbaikilah. Kalo dapat arahan suruh surai, Surai la elok-elok. Tak perlu sampai nak bantai giler-giler sampai masuk wad orang tu. Kita paham maybe ada provokasi,tapi guna otak la dowh! Hei...baru masuk 2012 dah ada benda yang tak sedap didengar. Apapun kita malam tadi sempoi jer sambut tahun baru. Sampai detiknya kita sambut dengan bunyi dengkuran yang memecahkan alam. Hahaha. Tak kuasa kita nak nunggu sampai pukul 12 malam!
Labels:
2012,
BEBAS,
pukul,
Shah Alam,
tahun baru,
UPSI,
Ustaz Azhar Idrus
Saturday, December 31, 2011
RAJA OH RAJA
Tersebutlah kisah di sebuah negera Pena Berombak yang banyak negerinya, tinggallah seorang raja memegang takhta. Putar Alam diberi nama, memerintah negara yang huru-hara. Syahdan suatu ketika, akibat kealpaan diri dan kegoyahan pemerintahan, Raja Putar Alam digulingkan dan digantikan dengan raja berketurunan Shah. Hiduplah Putar Alam sebagai rakyat biasa menunggu masa untuk bangkit semula.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Setelah tiga raja memerintah negeri tersebut, akhirnya Putar Alam menghidu peluang untuk memerintah semula. Setelah pemergian Raja ketiga negara ditinggal tanpa pemerintah. Akhirnya Putar Alam dilantik menjadi Raja. Bermulalah semula pemerintahan yang haru-biru. Tapi dasar putar alam, Putar Alam bijak merencana mengukuhkan pemerintahannya. Puak-puak yang mampu menggulingkannya diberi serapah pemanis agar mereka menyukainya. Setelah separuh tahun berlalu barulah ditunjukkan taring dendam kesumatnya. Memanda-memanda menteri yang setia berkhidmat untuk negara dan raja-raja terdahulu dipenggal. Memanda-memanda menteri yang menentang dalam senyap tertelan air liur melihat nasib rakan seperjuangan. Mereka juga dikurangkan wilayah perintah oleh Raja Putar Alam dan diberikan kepada memanda-memanda menteri yang sentiasa menjilat kaki Putar Alam; menyokongnya selama ini.
Apalah nasib negara Pena Berombak ini. Memanda menteri penerangan tersangatlah pening memikirkan nasibnya. Baginya, sudah tibalah masa baginya mencari rezeki di negara baru. Biarlah negara tersebut bergolak sekalipun, asalkan tidak berada di bawah pemerintahan Raja Putar Alam.
*p/s - agak-agaknya boleh tak jadi ahli sastera lepas ni?hahaha

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Setelah tiga raja memerintah negeri tersebut, akhirnya Putar Alam menghidu peluang untuk memerintah semula. Setelah pemergian Raja ketiga negara ditinggal tanpa pemerintah. Akhirnya Putar Alam dilantik menjadi Raja. Bermulalah semula pemerintahan yang haru-biru. Tapi dasar putar alam, Putar Alam bijak merencana mengukuhkan pemerintahannya. Puak-puak yang mampu menggulingkannya diberi serapah pemanis agar mereka menyukainya. Setelah separuh tahun berlalu barulah ditunjukkan taring dendam kesumatnya. Memanda-memanda menteri yang setia berkhidmat untuk negara dan raja-raja terdahulu dipenggal. Memanda-memanda menteri yang menentang dalam senyap tertelan air liur melihat nasib rakan seperjuangan. Mereka juga dikurangkan wilayah perintah oleh Raja Putar Alam dan diberikan kepada memanda-memanda menteri yang sentiasa menjilat kaki Putar Alam; menyokongnya selama ini.
Apalah nasib negara Pena Berombak ini. Memanda menteri penerangan tersangatlah pening memikirkan nasibnya. Baginya, sudah tibalah masa baginya mencari rezeki di negara baru. Biarlah negara tersebut bergolak sekalipun, asalkan tidak berada di bawah pemerintahan Raja Putar Alam.
*p/s - agak-agaknya boleh tak jadi ahli sastera lepas ni?hahaha
Labels:
guling,
negara,
ombak,
pemerintahan,
putar alam,
raja,
sultan
Thursday, November 17, 2011
PENTOMEN OH PENTOMEN
Huhu… hari anugerah cemerlang baru saja selesai. Lega rasanya. Penat tu memang la penat. Tapi agak puas hati juga. Kita diberi kepercayaan untuk melatih budak pentomen dan multimedia.
Dimulai dengan membuat pemilihan pelakon dan suara. Budak laki kononnya nak jaga macho ramai tak nak audition, terutamanya tahun 6. Tak pa lah. Tapi untuk budak perempuan pening sesangat. Ramai pulak yang nak masuk. Terpaksa dua kali buat tapisan. Itu pun ada yang merayu untuk sertai walaupun tak terpilih. Macam audition akademi fantasia pulak dah. Dah selesai auditon, kena pula buat penentuan watak. Sekali lagi pening untuk pentomen perempuan. Siap ada yang merajuk tidak diberi watak utama. Hanya watak tambahan, tak bercakap, takda gaya sangat. Setelah diberi watak, tak mahu pulak berlakon sungguh-sungguh. Langsung tak datang. Terpaksa pula diganti dengan orang lain. Bila latihan susah sangat nak cukup orang. Ada saja yang tak datang. Macam ambik shift pulak masing-masing. Kemudian yang datang pulak, main-main saja ketika berlatih. Bukanlah ini kali pertama melatih budak pentomen. Sebelum ni pun pernah, tapi mereka serius, tak main-main. Walaupun waktu belajar diorang kaki main. Apabila berlatih pentomen mereka cukup disiplin. Kalo kita lambat sket dah dipanggilnya.
Bebudak sekarang, selagi kita tak panggil, selagi tu depa buat dek jer. Tapi setelah beberapa minggu pening kepala, akhirnya berjaya juga dipentaskan, walaupun ada yang saat-saat akhir tak datang. Mendapat pujian daripada beberapa orang termasuklah Nazir Masjid Kuarters KLIA. Dia kata tahniah sebab berjaya buat pementasan tersebut walaupun dengan serba kekurangan peralatan. Lega rasanya. Tiba-tiba rasa berbaloi dengan setiap hari balik lewat dari sekolah sepanjang melatih bebudak tersebut. Asal keluar dewan jer, sekolah sunyi sepi budak dah balik, rakan sekerja lain pun dah balik, pejabat sekolah pun dah tutup. Sekali-sekala saja waktu balik tu pejabat masih ada orang.
Walaupun pada pementasan rasa tak puas hati sebenarnya, kerana sepatutnya boleh lebih baik daripada itu. Tapi mungkin itulah tahap yang termampu oleh bebudak ni. Tak pa lah. Sekurang-kurangnya, masih lagi dapat pujian. Alhamdulillah. Lepas majlis anugerah rasa terawang-awang saja badan ni kerana hilang sudah segala beban. Maklumlah, pentomen sekalian hal, multimedia pulak sekalian hal. Sebaik slide show dibantu oleh rakan lain, kita cuma edit, susun balik dan buat tajuk-tajuk utama jer. Yang paling pening sekali nak buat live show kepada ibu bapa yang tak dapat masuk dewan. Mencari cable av output untuk video camera sekolah tak jumpa-jumpa. Satu Nilai, satu Seremban dan Senawang dicari tak jumpa. Kat Sony Centre pulak kena tempah dulu, 3 hari baru sampai. Tak sempat. Ada orang kedai tu kata: “Wah ini camera KUNO ni bang! Dah SEPULUH tahun ke abang beli ni?”. Hampeh betul! Tengah pening-pening plan B datang la GB tanya cable camner yang kita cari. Dia siap bawa buku handycam dia lagi. Handycam dia sama model dengan sekolah. Kita tunjuk la gambar cable tu. “Oh cable ni saya ada!” katanya. Luluh hati ni dengar. Punya la penat mencari, rupanya dia ada. Rupo eh waktu kito dok cakap kat dio, dio tak paham cable apo! Aduyai. Btw lega sket dah ada cable tu. So boleh la buat live feed. Pada hari anugerah tersebut, mula-mula pakai camera GB. Habis bateri tukar la camera sekolah yang dari pagi dicas. Pasang-pasang, hanya tahan 5 minit, bateri pun kong. Rupa-rupanya baterinya pun dah memang kena tukar baru. Langsung takda la live feed selepas itu. Apa nak buat, benda dah nak jadi.
Tuesday, October 11, 2011
CUBAAN OH CUBAAN
Cubaan…pagi tadi kena tumbuk dengan bapak pelajar. Siap kena katakan babi lagi. Puncanya…semalam anaknya tak pakai songkok n selekeh tahap dewa. Kitapun buatla rambut pacak kat anaknya. Yang kita tak tahu anaknya ada ntah apa penyakitnya kat bahagian kepala. So memang takleh ditarik rambutnya. Nak buat rambut pacak memang kena tarik sket. Kita buat pun dalam keadaan bersahaja, bergurau. Baliknya dia muntah sebab tarikan rambut. Siap pergi klinik lagi. Datang la mak dan bapaknya marah-marah kat sekolah pagi tadi. Sampai kita pun kena tumbuk. Ya memang kita bersalah buat rambut pacak untuk anaknya tu. Tapi manalah kita tau anaknya ada penyakit. Dia pun tak pernah bagitahu anaknya ada penyakit. Baru sekarang nak bagi tau. Sedih pulak kita bila fikirkan, dah la kita ajar anak dia bab agama, tanpa usul periksa terlebih dahulu ditumbuknya kita, dibabinya kita. Kita tau dia marah, siapa la tak sayangkan anak ye tak. Tapi pepatah melayukan ada berbunyi, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tingalkan. Bukannya kta tarik rambut anaknya macam filem melayu lama-lama apabila perempuan gaduh tarik-tarik rambut. Cengkam rambut anaknya pun tak. Nasib baiklah kita masih mampu bersabar, kalau tak lunyai bapak budak tu. Dia tak tahu kita ni plak pernah ajar silat. Kita orang Melayu ada adab sopannya. Tanyalah baik-baik dahulu. Jangan ikutkan nafsu dan amarah. Jangan dengar penjelasan sebelah pihak jer, kita tau kita pun banyak buat silap. Ada pulak yang kaki-kaki hasut yang menghasut mak bapak budak tu, bartambah marah la mak bapaknya. Nasib baik la GB ada tadi. Siap backing lagi. Ye la, dia kenal kita, bukannya kita ni jenis denda budak sampai patah riuk sakit ke.Kalo macam ni lepas ni budak buat salah tak yah denda, kita cium jer…hehe tak boleh, tak boleh, nanti kena tuduh child molesting plak. Ikut garis panduan kementerian pelajaran tak leh sentuh budak bagi tujuan denda. Hanya untuk kes-kes berat saja baru dibawa ke HEM dan untuk tindakan seterusnya. Maka lahirlah generasi yang tak dengar cakap. Kesannya, gejala sosial pun meningkat, kerana apa? Kita ikut garis panduan yang disarankan oleh barat, oleh orang kafir. Dalam Islam anak 10 tahun tak nak sembahyang rotan. Tapi ada la tempatnya. Dalam berdakwah pun ada 3 peringkat, secara lembut, pertengahan dan tegas. Profession perguruan adalah profession yang paling banyak orang lain nak masuk campur. Mak bapak plak gemar dengar cakap anak saja. Tak nak usul periksa dulu. Dah terbiasa dari anak tu kecik, nak apa mak bapak turutkan, sampai besar, cikgu cubit sket dikatakan cubit siap tarik lagi, mak bapak terus percaya. Kalo doktor la suruh makan ubat, walaupun ubat itu pahit, pasti ditelannya. Tapi kalo guru ambil tindakan atau nasihat, dan tindakan atau nasihat itu pahit untuk diterima, pasti ramai yang membantah. Kalo macam tu kita tak yah la wujudkan profession perguruan, kita suruh mak bapak ajar anak mereka sendiri. Masing-masing bercakap macam pandai sangat ajar anak kan.Habis cerita. Lepas ni terpulang la parents dia nak buat apa. Kita pun terdetik jugak nak buat laporan polis sebab bapaknya tumbuk kita, tapi ntahla, macam tak nak plak dipanjangkan hal ni. Tadi pun tanda kertas tauhid darjah satu, soalannya “Kita mestilah redha dengan dugaan yang menimpa kita.”Terasa plak. Bak dalam Pendekar Bujang Lapok, COBAAN!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)